Peminat Blackpink atau BLINKs di Malaysia luah rasa terkejut dan tidak puas hati kerasa harga tiket untuk konsert Blackpink yang bakal berlangsung pada 4 Mac tahun hadapan ini terlalu mahal hingga mencecah hampir RM 2,000.
![viral di korea, terkejut harga tiket konsert blackpink di malaysia dua kali ganda lebih mahal](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/fhbjglcacaix-26.jpeg)
Yang lebih mengecewakan, dikabarkan susunan tempat duduk penonton juga agak jauh dari pentas utama. Kedudukan di kategori 6 dianggap tidak berbaloi dengan harga yang ditawarkan oleh mereka.
Hal ini bukan sahaja hangat diperkatakan di Malaysia, malah di Korea Selatan juga terkejut apabila melihat harga tikey yang dijual di Malaysia. Lagi mahal dari tiket di Korea.
Menurut sebuah laporan daripaka Korea Selatan, mereka mengatakan konsert Blackpink di Korea berharga 260,000 won dan 170,000 won, hampir dua kali lebih murah daripada yang dijual di Malaysia.
“Sebagai rujukan, gaji bulanan minimum di Malaysia ialah RM1500 (430,000 won). Memandangkan kebanyakan peminat berusia 10-an dan 20-an, harga seperti gaji sebulan,” memetik dari laporan tersebut.
Sumber: instiz.net