Lelaki Vietnam Dipenjara Lima Tahun Akibat Sebarkan COVID-19

Vietnam dilaporkan telah memenjarakan seorang lelaki selama lima tahun kerana melanggar peraturan kuarantin yang ketat dan menyebarkan virus COVID-19 kepada orang lain, lapor media tempatan.

lelaki vietnam dipenjara lima tahun akibat sebarkan covid-19

Le Van Tri, 28, dihukum atas kesalahan "menyebarkan penyakit berjangkit berbahaya" seperti dalam perbicaraannya di Mahkamah Rakyat dekat daerah Ca Mau, baru-baru ini.

 

Vietnam sebelum ini menjadi antara negara yang berjaya mengawal wabak COVID-19 di dunia, dengan melaksanakan ujian bersasar secara besar-besaran, pengesanan kontak yang agresif, sekatan sempadan dan juga kuarantik yang ketat. Tetapi kumpulan jangkitan baru sejak akhir April telah merosakkan rekod itu.

 

"Tri kembali ke Ca Mau dari Kota Ho Chi Minh ... dan melanggar peraturan kuarantin selama 21 hari,"

"Tri menjangkiti lapan orang, salah satunya mati akibat virus itu setelah sebulan menjalani rawatan," kata agensi berita itu.

 

Ca Mau, wilayah paling selatan di Vietnam, hanya melaporkan 191 kes dan dua kematian sejak wabak itu bermula, jauh lebih rendah jika dibandingkan daripada hampir 260,000 kes dan 10,685 kematian kota Ho Chi Minh.

lelaki vietnam dipenjara lima tahun akibat sebarkan covid-19

Vietnam sedang memerangi wabak COVID-19 yang semakin buruk yang telah menjangkiti lebih daripada 536,000 orang dan membunuh 13,385 orang, sebahagian besarnya dalam beberapa bulan terakhir ini.

 

Negara itu juga memutuskan untuk menjatuhkan hukuman penjara kepada dua orang lagi pesalah selama 18 bulan dan dua tahun penjara dengan tuduhan yang sama.

 

Sumber: [1]