Video Pertama Johnny Depp Di Tiktok Raih Jutaan View Dalam Beberapa Jam

Selepas seminggu memenangi saman fitnah terhadap bekas isterinya, Johnny Depp membuat penampilan sulungnya pada akaun media sosial Tiktok.

 

Beliau berkongsikan video pertama Tiktok dengan memaparkan dia melambai kepada peminat, bermain gitar di atas pentas dan menaip menggunakan mesin taip.

 

@johnnydepp

To all of my most treasured, loyal and unwavering supporters. We’ve been everywhere together, we have seen everything together. We have walked the same road together. We did the right thing together, all because you cared. And now, we will all move forward together. You are, as always, my employers and once again I am whittled down to no way to say thank you, other than just by saying thank you. So, thank you. My love & respect, JD

♬ Stranger - Love Joys

 

Dalam masa hanya enam jam selepas ia dimuatnaik, Johnny berjaya menarik sejumlah 6.2 juta tontonan di Tiktok.

.

Ini mungkin tidak mengejutkan, memandangkan video TikTok perbicaraan itu menjadi sohor kini di platform media sosial, dengan ramai peminatnya menggunakannya untuk menyuarakan sokongan terhadap bintang Pirates Of The Caribbean itu.

.

Malah sebelum pelakon berusia 58 tahun itu memuatnaik sebarang kandungan di Tiktok, akaun yang disahkan itu telah menarik hampir 4 juta pengikut. Setakat pagi Rabu, terdapat 5.4 juta pengikut di Tiktok dan jumlah itu kini semakin meningkat.

video pertama johnny depp di tiktok raih jutaan view dalam beberapa jam

Johnny juga menyiarkan semula video TikTok di akaun Instagramnya, yang mempunyai 24.7 juta pengikut, dan halaman Facebooknya, yang mempunyai 13 juta pengikut.

.

Dia menulis dalam kapsyen, bercakap kepada penyokongnya: "Kami telah pergi ke mana-mana bersama-sama, kami telah melihat segala-galanya bersama-sama.

"Kami telah berjalan di jalan yang sama bersama-sama. Kami melakukan perkara yang betul bersama-sama, semuanya kerana anda yang sering mengambil berat,” ujar Johnny.

.

Sumber: [1], [2]