“Amboi Tak Hormat Betul Bini Kat Sebelah,” Gelagat Kucing Jadi ‘Perampas’ Curi Perhatian Ramai [Video]

Kucing adalah antara makhluk kesayangan ramai, tambah pula jika anda adalah seorang pencinta kucing.

 

Setiap rumah biasanya mempunyai seekor atau lebih kucing sebagai peneman. Namun siapa sangka, kucing juga boleh menjadi ‘perampas’ kepada kasih sayang suami dan isteri?

“amboi tak hormat betul bini kat sebelah,” gelagat kucing jadi ‘perampas’ curi perhatian ramai [video]

Sebuah video yang dimuatnaik oleh pengguna dengan nama @neaaqalid_ di Tiktok ini menunjukkan aksi kemesraan seekor kucing dengan pemiliknya, sampaikan kehadirannya itu bagaikan boleh mengganti tempat si isteri yang berada disebelah.

“amboi tak hormat betul bini kat sebelah,” gelagat kucing jadi ‘perampas’ curi perhatian ramai [video]

Video yang tular itu menunjukkan seekor kucing selamba baring atas riba pemiliknya seperti lelaki itu adalah hak miliknya.

 

“Pov: Bila kau dimadukan dengan makhluk berbulu” tulis pada video tersebut.

 

@neaaqalid_

Tu laki kite eh! perampasss

♬ original sound - Mercy

 

 

Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet terhibur dengan aksi bersahaja kucing itu dan ada yang berpendapat kucing itu telah ‘menang’ perebutan kasih sayang ini.

“amboi tak hormat betul bini kat sebelah,” gelagat kucing jadi ‘perampas’ curi perhatian ramai [video]

Sumber: Tiktok @neaaqalid_