Seekor ikan paus telah dirakam menghentak dinding kolamnya sendiri, dipercayai sedang berada dalam keadaan tertekan.
Ikan paus yang diletakkan dalam kolam di MarineLand di Ontario, dekat Kanada, dikenali sebagai Kiska, baru sahaja melahirkan lima ekor anak. Namun, anaknya itu telah mati dan Kiska dibiarkan menyendiri dalam kolam terbabit.
Kiska merupakan antara ikan paus paling sunyi di dunia, telah ditangkap di Iceland dan diletakkan dalam kolam itu selama 40 tahun, jauh daripada habitat sebenar dan kelompok spesis sepertinya.
Video dirakam oleh seorang aktivis, Phil Demers, dan kini menjadi tular di media sosial.
“Video ini diambil pada 4 September 2021. Aktivis anti-penawanan memasuki MarineLand dan memerhatikan Kiska, melihatnya masih hidup sambil menghentak kepalanya ke dinding. Sila tonton dan kongsi. Kekejaman ini mesti berakhir. #FreeKiska" tulis Phil pada video.
Menurut wakil dari Whale and Dolphin Conservation, tindakan ikan paus itu menunjukkan sifat dan perasaannya yang jelas tertekan, sedih dan marah.
Rata-rata yang menonton video terbabit turut menyatakan rasa kesal akan tindakan pihak pengurusan yang mengurung haiwan itu dan menuntut agar ia dibebaskan ke tempat asalnya.
Sumber: [1]