[VIDEO] Gajah Berhentam Tanpa Takut Dengan Buaya Demi Lindungi Anak

Dalam sebuah video yang mengejutkan, seekor ibu gajah dilihat secara agresif berusaha melindungi anaknya daripada dibaham buaya.

[video] gajah berhentam tanpa takut dengan buaya demi lindungi anak

Menerusi satu rakaman video, jelas kelihatan berlakunya pertengkaran ganas antara ibu gajah dan buaya itu.

Menerusi ruangan kapsyen pada video tersebut, difahamkan bahawa buaya tersebut cuba untuk membaham anak gajah itu, namun ibu gajah tersebut kemudian bertindak marah dan menghentamnya hingga ke dasar sungai.

“Buaya adalah pemburu oportunis dan diketahui selalu mensasarkan anak gajah. Ibu gajah ini tidak memberi sebarang peluang terhadap buaya tersebut dan tidak gembira melihat ia mendekati anaknya demi melindunginya, ia kemudian menghapuskan ancaman daripada buaya tersebut,” terang kapsyen tersebut.

“Pijakan berterus oleh gajah betina dengan berat antara 2,700 hingga 3,600 kilogram itu mengakibatkan kematian buaya tersebut yang tidak dapat dielakkan,” lanjut keterangan tersebut.

Video sama juga membuatkan orang ramai berasa terkejut.

Rata-ratanya, ramai yang terkejut melihat sisi lain seekor gajah yang bertekad melawan buaya itu.

 

Sumber: [1]