Gelagat Si Ayah Pujuk Anak Curi Tumpuan, “Perempuan Merajuk Suka Tengok Tingkap Eh?”

Anak perempuan dalam keluarga biasanya dikatakan manja dengan ayahnya.

 

Banyak kerenah anak perempuan yang perlu dihadap oleh si ayah sepanjang membesar ini. Yang pasti, kerenah itu pasti menjadi satu memori indah buat bapa apabila anak perempuannya itu nanti sudah dewasa kelak.

 

Begitulah momen yang dikongsikan seorang pemilik akaun Tiktok @haziqhashim_ yang menunjukkan telatah anak perempuannya yang sedang merajuk.

gelagat si ayah pujuk anak curi tumpuan, “perempuan merajuk suka tengok tingkap eh?”

Meskipun dipanggil beberapa kalu untuk minta maaf, anak perempuannya yang masih kecil itu tidak langsung menoleh, malah hanya memandang ke luar tingkap.

 

“Sorrylah, ish sorrylah, jangan merajuk. Daddy tengah bawa kereta tadi. Perempuan kalau merajuk memang suka pandang tingkap eh?” kata si bapa dalam video yang tular itu.

 

@haziqhashim_ Perempuan #merajukpulakdia🤷🏻 ♬ original sound - haziqhashim_

 

Dalam video tersebut, si bapa cuba untuk memegang tangan anaknya, namun anak perempuannya itu terus menarik tangannya kembali sebagai tanda merajuk. Puas juga nak pujuk, sehingga beberapa kali barulah dia kembali okay.

gelagat si ayah pujuk anak curi tumpuan, “perempuan merajuk suka tengok tingkap eh?”

Rupanya yang menjadi punca kenapa anak perempuannya itu merajuk adalah kerana si ayah tidak beri pegang tangan kerana ketika itu beliau sedang memandu.


“Ini je punca dia, tak dapat tangan tadi.”

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat telatah si bapa dan anak perempuannya itu, hingga ada yang berkata perempuan memang dilahirkan suka merajuk sejak dari kecil hingga sudah dewasa.

gelagat si ayah pujuk anak curi tumpuan, “perempuan merajuk suka tengok tingkap eh?”

Sumber: Tiktok Haziq Hashim