Varian Omicron XE Kini Muncul Di Thailand

Baru-baru ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi amaran terhadap satu mutasi baharu varian Omicron digelar XE, yang dikatakan lebih mudah berjangkit berbanding dengan mana-mana varian COVID-19 sebelumnya.

mutasi omicron xe lebih mudah berjangkit, who beri amaran

Varian XE yang mulanya dilaporkan di Britain, kini telah dikesan juga di Thailand.

.

Pusat Perubatan Genomik Hospital Ramathibodi telah mengesahkan kes pertama varian XE itu pada Sabtu lalu, dan kini sedang menjalankan siasatan keatasnya.

.

Meskipun WHO memberi amaran akan kemungkinan varian itu mudah berjangkit berbanding daripada Omicron asal, namun tahap jangkitannya masih lagi dalam kajian.

.

Setakat ini, terdapat enam mutasi gabungan Omicron bagi BA.1 dan BA.2 iaitu XE, XG, XH, XJ, XK dan XL yang masih dikaji di seluruh dunia.

.

Setakat artikel ini ditulis, belum ada kes berkaitan varian Omicron XE dikesan di Malaysia.

.

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN