Varian Terbaru COVID-19, B.1.1.529 Meledak Di Afrika Selatan, Cetus Kerisauan

Para saintis Afrika Selatan mengesan varian baru COVID-19 dikenali sebagai B.1.1.529, dalam skala kecil dan sedang mengkaji lebih lanjut potensi implikasinya.

varian terbaru covid-19, b.1.1.529 meledak di afrika selatan, cetus kerisauan

Menurut pakar virologi, varian baru itu kini menjadi kebimbangan utama di negara tersebut.

B.1.1.529 difahamkan mempunyai kadar mutasi yang sangat luar biasa yang mana ia mampu mengelak tindak balas imun badan dan menjadikannya lebih mudah berjangkit.

Kajian awal di makmal mendapati bahawa varian tersebut telah menular dengan pantas di wilayah Gauteng.

Ia turut melibatkan Johannesburg dan bandar Pretoria dan kemungkinan sudah menular sehingga lapan wilayah.

Setakat ini, 22 kes dikenal pasti berpunca daripada varian tersebut.

Sebagai tambahan, varian tersebut juga telah dikenal pasti di Botswana dan Hong Kong melibatkan pengembara dari Afrika Selatan.

Menteri Kesihatan, Joe Phaahla menyifatkan varian tersebut sebagai kebimbangan utama pada saat ini.

Sebagai rekod, jumlah jangkitan COVID-19 di Afrika Selatan meningkat kepada lebih 1,200 kes harian berbanding hanya lebih 100 kes sebelum ini.

Kerajaan negara tersebut bagaimanapun masih belum keputusan untuk melaksanakan sekatan.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN