Varian Omicron: Tidak Perlu Panik Berkenaan Peningkatan Kes Dalam Kalangan Kanak-Kanak

Susulan varian Omicron yang baru-baru meletus dari Afrika Selatan, peningkatan kes jangkitan COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak di hospital perlu diambil serius.

varian omicron: tidak perlu panik berkenaan peningkatan kes dalam kalangan kanak-kanak

Pihak berkuasa kesihatan Afrika Selatan bagaimanapun memberi jaminan bahawa orang ramai tidak perlu panik dengan keadaan tersebut memandangkan kebanyakan kes yang direkodkan menunjukkan gejala ringan.

Menurut sumber, sebilangan besar kes yang direkodkan dalam kalangan bayi di bandar Pretoria meningkatkan kebimbangan terhadap varian Omicron kerana khuatir mampu berupaya menyebabkan risiko bahaya pada golongan kanak-kanak berbanding varian lain.

Tetapi, masih belum ada kajian yang dapat membuktikan kerisauan tersebut.

Daripada 1,511 kes positif COVID-19 yang direkodkan di bandar Johannesburg, 113 daripadanya merupakan kanak-kanak yang berusia 9 tahun ke bawah.

Namun yang pasti pada ketika ini ialah, kanak-kanak mengalami gejala ringan berdasarkan laporan klinikal.

Berikutan hanya sejumlah kecil peratus kes positif COVID-19 di Afrika Selatan yang dihantar bagi penjujukan genom, pihak berkuasa masih lagi tidak mempunyai sebarang laporan lanjut sama ada varian Omicron ini menyebabkan kanak-kanak yang dijangkiti perlu menerima rawatan di hospital.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN