Varian Omicron Mudah Berjangkit Tapi Kurang Berbahaya - Pakar

Dunia menjadi dalam kerisauan selepas para penyelidik mengumumkan mengenai varian baru COVID-19 Omicron yang ditemui di Afrika Selatan.

varian omicron mudah berjangkit tapi kurang berbahaya - pakar

Varian tersebut yang mungkin mempunyai tahap kebolehjangkitan lebih tinggi bagaimanapun dikatakan kurang berbahaya.

Menurut Pakar Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat, Dr Anthony Fauci, walaupun lebih banyak data diperlukan untuk menyokong pernyataan tersebut, tetapi kebanyakan kes awal Omicron kurang menyebabkan kemasukan ke hospital dan pesakit kurang memerlukan bantuan oksigen.

Tambahnya, lebih banyak data dijangka akan diterima pada minggu depan.

Tetapi rumusan muktamad akan mengambil masa beberapa minggu.

Dalam pada itu, Amerika Syarikat secara berterusan menilai semula sekatan perjalanan yang dikenakan ke atas beberapa negara selatan Afrika apabila Omicron mula dikesan.

Jelas Penyelaras Tindak Balas COVID-19 White House, Jeff Zients, negara terbabit telah memberikan 12.5 juta vaksin pada minggu lepas sekali gus menjadikan jumlah vaksinasi tertinggi sejak Mei. Sekitar 7 juta daripada angka terbabit adalah dos penggalak.

 

Sumber: [1]