Korea Selatan bakal memulakan pemberian vaksin dos keempat bulan ini.
Pada masa sama, pihak berkuasa kesihatan akan menyediakan tambahan jutaan bekalan ujian kit kendiri untuk mengurangkan isu kekurangan kit terbabit susulan penularan varian Omicron yang menyebabkan lonjakan kes harian secara drastik.
Bagaimanapun, dengan perkembangan vaksinasi dos penggalak yang pantas ketika ini, 57 peratus daripada 52 juta populasinya, membantu mengurangkan kadar kematian dan komplikasi teruk.
Menurut Menteri Kesihatan, Kwon Ddeok Cheol, individu dalam kalangan berisiko yang pertama akan mendapatkan suntikan keempat, yang merupakan dos kedua bagi dos penggalak di negara.
Golongan berisiko yang dimaksudkan itu termasuk mereka yang berada di rumah jagaan dan fasiliti kesihatan dan mereka yang mempunyai imunisasi rendah.
Ia termasuk lebih 500,000 individu berusia 18 tahun ke atas yang bertugas sebagai petugas kesihatan dan 1.3 juta lain yang mempunyai masalah kesihatan.
Sumber: [1]