Varian Omicron Kemungkinan Telah Sampai Di Thailand

Thailand mengumumkan kes pertama kebarangkalian varian Omicron membabitkan seorang lelaki Amerika yang mengambil penerbangan dari Sepanyol.

varian omicron kemungkinan telah sampai di thailand

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Sains Perubatan Dr Suakit Sirilak, lelaki berusia 35 tahun itu disahkan positif pada 1 Disember dan kini sedang mendapatkan rawatan di hospital.

Tambahnya, ujian saringan yang dijalankan ke atas lelaki itu menunjukkan 99.2 peratus positif untuk varian Omicron.

Lelaki terbabit bagaimanapun akan menjalani ujian lain.

“Lelaki itu telah mengambil langkah berjaga-jaga, jadi tiada kontak rapat dengan kes itu. Bagaimanapun, terdapat 19 orang termasuk kakitangan hotel dan lapangan terbang yang telah berhubung dengan lelaki itu.

“Pihak berkuasa kesihatan sedang menjalankan ujian lanjut terhadap mereka,” ulasnya.

Dalam pada itu, Dr Suakit menolak laooran yang mengatakan terdapat pesakit Afrika yang didapati positif varian Omicron.

“Pesakit menjalani saringan untuk varian Delta,” jelasnya.

Awal Disember lalu, Thailand mengenakan larangn terhadap kemasukan pelancong dari lapan negara Afrika selepas para penyelidik mengumumkan penemuan varian Omicron.

 

Sumber: [1]