Omicron Mampu Bertahan 8 Hari Pada Permukaan Plastik – Kajian

Satu kajian terbaharu yang dijalankan di Jepun mendapati varian Omicron mampu bertahan hingga empat kali lebih lama pada permukaan plastik berbanding varian asal.

omicron mampu bertahan 8 hari pada permukaan plastik – kajian

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pusat Maklumat bagi Penyakit Berjangkit Baru Muncul di Universiti Chulalongkorn, Dr. Thiravat Hemachudha mengenai amaran yang dikeluarkan berhubung kajian tersebut.

 

Menurut beliau, virus COVID-19 mampu hidup 20 kali lebih lama pada permukaan plastik berbanding kulit.

 

“Pada permukaan plastik, varian asal yang ditemui di Wuhan mampu stabil selama 56 jam, varian Gamma selama 59.3 jam, Delta dengan 114 jam, Beta selama 156 jam, Alpha dengan 191.3 jam dan Omicron selama 193.5 jam,” kata Thiravat dalam satu hantaran di Facebook.

 

Pada permukaan kult manusia pula, varian asal mempunyai ketahanan dan kekal stabil selama 8.6 jam, Gamma (11 jam), Delta (16.8 jam), Beta (19.1 jam), Alpha (19.6 jam) dan Omicron (21.1 jam).

 

Beliau berkata lagi, meskipun Omicron dikatakan kurang cenderung menyebabkan gejala teruk, amalan untuk kerap membersihkan permukaan yang sering digunakan harian adalah amat penting.

 

Orang ramai juga dinasihatkan untuk kerap membasuh tangan bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

 

Sumber: [1]