Varian Mu Kini Dikesan Di Lebih 39 Buah Negara Serata Dunia

Baru-baru ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesan satu lagi varian baharu yang dinamakan sebagai Varian Mu.

varian mu kini dikesan di lebih 39 buah negara serata dunia

Varian yang pertama kali dikesan di Colombia pada Januari 2021 itu bagaimanapun masih dikategorikan sebagai sebahagian daripada ‘variant of interest’ (VOI).

Setakat ini, terdapat beberapa ‘variant of interest’ (VOI) yang telah dikesan di Malaysia dan antaranya termasuklah Varian Eta (B.1.525); dan Varian Kappa (B.1.671.1).

Selain VOI, Malaysia turut melaporkan beberapa ‘variant of interest’ (VOC) yang membabitkan Varian Beta (B.1.351); Varian Alpha (B.1.1.7); dan Varian Delta (B.1.617.2).

Berikut merupakan beberapa ciri berkenaan Varian Mu:

  • WHO mengkategorikan varian Mu atau B.1.621 sebagai VOI
  • Varian Mu merupakan VOI kelima yang dipantau WHO. Empat lagi merupakan Eta, Iota, Kappa dan Lambda
  • Varian Mu pertama kali dikesan di Columbia pada Januari 2021
  • Varian Mu dikatakan memiliki kemampuan genetik yang dapat mempengaruhi ciri virus iaitu tahap keparahan penyakit, kekebalan, penularan dan kemampuan dikesan sejak perawatan.
  • Setakat 30 Ogos, varian Mu dilaporkan telah dikesan di 39 buah negara, antaranya termasuklah Amerika Syarikat, Korea Selatan, Jepun, Ecuador, Kanada dan beberapa bahagian Eropah lain
  • Kurang daripada 0.1% jangkitan COVID-19 di serata dunia adalah berpunca daripada varian Mu
  • Ia dianggap berpotensi lebih kecil berbanding varian Delta atau Alpha yang diletakkan sebagai VOC
  • Menurut WHO, varian Mu memiliki mutasi yang menunjukkan kemungkinan mengatasi sistem imun, namun ia memerlukan lebih banyak kajian bagi memahami ciri-ciri varian Mu.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN