Varian Baru COVID-19 Dikenali Sebagai ‘Mu’ Kini Dipantau

Pertama kali dikenal pasti di Colombia pada Januari lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kini sedang memantau varian baru COVID-19 yang dikenali sebagai ‘Mu’.

varian baru covid-19 dikenali sebagai ‘mu’ kini dipantau

‘Mu’ atau nama saintifiknya B.1.621 juga telah dikelaskan sebagai ‘varian of interest’ (VOI) oleh WHO.

 

Varian ini mempunyai mutasi yang menunjukkan risiko ketahanan terhadap vaksin dan memerlukan kajian lebih lanjut untuk memahaminya dengan lebih baik.

 

Semua virus termasuk COVID-19 boleh bermutasi dari masa ke semasa dan kebanyakkan tidak mempengaruhi sifat virus itu sendiri.

 

Varian Mu turut dilaporkan muncul di beberapa negara Eropah dan juga Amerika Selatan.

 

Selepas lebih setahun dunia berhadapan dengan wabak COVID-19, ramai mula bimbang dengan kemunculan pelbagai mutasi virus baharu, tambah pula kadar jangkitan varian Delta yang semakin meningkat secara global, khasnya pada mereka yang belum di vaksin.

 

Justeru, ayuh dapatkan vaksin COVID-19 anda dimana-mana pusat pemberian vaksin berdekatan anda bagi sama-sama kita memutuskan rantaian wabak COVID-19.

 

Sumber: [1]

 

ARTIKEL BERKAITAN