Varian Delta COVID-19 Boleh Sebabkan Sakit Gangren Dan Pekak

Varian Delta COVID-19 telah dikesan menyebabkan sakit gangren dan juga kehilangan daya pendengaran, dakwa sekumpulan doktor di India.

varian delta covid-19 boleh sebabkan sakit gangren dan pekak

Menurut portal MailOnline, terdapat peningkatan dalam kalangan pesakit varian berkenaan yang menjadi pekak atau mengalami gangren disebabkan pengumpulan darah beku.

 

Gangren adalah keadaan di mana tisu badan mati dan mulai mereput disebabkan kekurangan oksigen ekoran daripada bekalan darah yang tersekat.

 

Virus COVID-19 secara amnya diketahui mampu menyebabkan darah beku dalam kalangan ramai pesakit yang kemudian menyebabkan ia tersekat di saluran darah kecil sekaligus memutuskan bekalan darah.

varian delta covid-19 boleh sebabkan sakit gangren dan pekak

“Saya melihat tiga ke empat kes bagi sepanjang tahun lepas dan kini terdapat seorang pesakit (dengan simptom gangren) dalam masa seminggu.

“Kami mengesyaki ia mungkin disebabkan oleh varian virus terbaharu,” ujar pakar kardiologi dari Mumbai, Dr. Ganesh Manudhane.

 

Selain itu, campak, beguk dan beberapa jenis herpes juga dilihat antara kesan kerosakan kekal yang disebabkan oleh virus korona pada bahagian koklea telinga.

 

Bengkak yang terjadi dalam bahagian telinga adalah kesan tindak balas imun yang boleh merosakan bahagian sensitif telinga atau bulu-bulu halus yang diperlukan pendengaran. Namun tidak dapat dipastikan bagaimana keadaan itu boleh berlaku.

 

Sumber: Kosmo!