Hanya 5 saat diperlukan untuk varian delta COVID-19 menular, seperti yang dimaklumkan oleh Pengarah Pencegahan dan Pengendalian Penyakit Menular, Kementerian Kesihatan Indonesia, Siti Nadia Tarmizi.
Memetik laporan dari Kosmo dan Liputan6, maklumat yang diperoleh dari Austria memaklumkan varian yang disebut juga sebagai B16172 boleh berjangkit antara lima hingga 15 saat tanpa pemakaian pelitup muka.
Ia menunjukkan varian itu boleh berjangkit enam kali lebih pantas berbanding varian Alfa atau B117 yang menular dalam masa 15 hingga 20 minit.
Melihat kepada data global, varian Delta telah menyebabkan kenaikkan jumlah kes yang tinggi di beberapa buah negara.
Bagaimanapun, penggunaan vaksin semasa didapati masih lagi berkesan untuk melawan mana-mana varian COVID-19, termasuklan varian Delta ini.
Sumber: Kosmo!