Varian COVID-19 Akan Datang Mungkin Bawa Kesan Lebih Buruk – Kajian

Satu kajian terbaharu mendapati varian utama COVID-19 seterusnya dijangka membawa kesan yang lebih buruk berbanding varian ringan yang kini dominan di seluruh dunia.

varian covid-19 akan datang mungkin bawa kesan lebih buruk – kajian

Ia susulan beberapa varian Omicron COVID-19 yang mudah berjangkit muncul kira-kira hampir setahun lalu dan kadar mutasinya meningkat ke kemuncak di hampir setiap negara seluruh dunia.

 

Jika dibandingkan dengan varian awal COVID-19, ia dilihat membawa gejala yang jauh lebih ringan dan sukar dilihat secara luaran.

 

Saintis percaya mutasi yang seterusnya adalah yang terakhir kerana sama seperti virus lain, COVID-19 akan berevolusi untuk mengakibatkan simptom lebih ringan supaya ia lebih mudah menular.

varian covid-19 akan datang mungkin bawa kesan lebih buruk – kajian

Pun begitu, beberapa penyelidik di Afrika Selatan berkata virus COVID-19 masih berpotensi menyebabkan maut selepas memeriksa seorang pesakit HIV yang dijangkiti COVID-19 selama setengah tahun. Mereka mendapati, virus COVID-19 yang berada dalam badan pesakit mampu berevolusi dan menyebabkan lebih banyak sel mati dan gabungan sel berlaku.

 

Setakat Isnin (28 Nov), Malaysia telah mengesan sebanyak 2,465 kes jangkitan COVID-19 baharu yang membawa kepada jumlah jangkitan di negara ini sebanyak 4,988,759 kes sejak pandemik itu bermula.

 

Sumber: Kosmo!