Varian Baru Omicron Kini Telah Dikesan Di UK Dan Beberapa Negara Eropah Lain

United Kingdom (UK) mengumumkan dua kes COVID-19 melibatkan varian Omicron pada Sabtu lalu.

varian baru omicron kini telah dikesan di uk dan beberapa negara eropah lain

“Kami telah dimaklumkan oleh @ UKHSA (Agensi Keselamatan Kesihatan UK) mengenai dua kes varian Omicron. Kedua-dua kes itu dikaitkan dan terdapat kaitan dengan perjalanan ke negara di Selatan Afrika,” jelas setiausaha negara tersebut, Sajid Javid.

Kedua-dua individu itu kini sedang menjalani kuarantin kendiri.

“Kami juga menambah Malawi, Mozambique, Zambia dan Angola ke dalam senarai merah perjalanan, berkuat kuasa 4 pagi Ahad dan mereka yang pulang dari negara-negara terlibat dalam tempoh 10 hari lepas perlu menjalani kuarantin dan melakukan ujian PCR.

“Jika anda layak untuk suntikan penggalak, sekarang adalah masa untuk mendapatkannya,” tambahnya.

Minggu lalu, saintis dari Afrika Selatan mengumumkan bahawa mereka telah menemui varian Omicron yang memilik beberapa mutasi dan berpotensi membawa risiko jangkitan semula.

Varian yang sama turut dikesan di Botswana serta Hong Kong.

Sebagai tambahan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut mengisytiharkan varian tersebut sebagai varian yang membimbangkan.

Beberapa negara di seluruh dunia telah menyekat penerbangan dari beberapa negara di selatan Afrika termasuk Afrika Selatan, Namibia, Botswana, Zimbabwe, Mozambique, Lesotho dan Eswatini.

Jerman dan Itali turut mencatatkan kes varian Omicron dengan jumlah dua dan satu kes masing-masing.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN