Varian Baru COVID-19 Mula Tersebar Di 22 Negara, Katanya Lebih Cepat Merebak

Satu lagi varian COVID-19 dilaporkan telah tersebar di kebanyakkan negara di dunia ketika ini.

varian baru covid-19 mula tersebar di 22 negara, katanya lebih cepat merebak

Menurut laporan, varian baharu Omicron itu disebut sebagai XBB.1.16 atau digelar sebagai Arcturus, kini telah diberikan perhatian oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

 

Meskipun varian XBB.1.5 kini masih lagi dominan namun varian baharu itu dikatakan lebih cepat menular dan kini telah tersebar di 22 buah negara.

 

Menurut Ketua Teknikal COVID WHO, Maria van Kerkhove, meskipun ia mudah merebak, namun tiada bukti menunjukkan varian Arcturus ini menyebabkan penyakit yang lebih teruk.

varian baru covid-19 mula tersebar di 22 negara, katanya lebih cepat merebak

“Salah satu varian yang kami perhatikan. Ia ialah XBB.1.16.

“Pada masa ini, terdapat kira-kira 800 jujukan XBB1.16 di 22 negara. Kebanyakan jujukan adalah dari India dan mendominasi kes di negara tersebut. Jadi ia perlu diperhatikan. Ia telah merebak selama beberapa bulan.

“Setakat ini tiada laporan menunjukkan peningkatan dalam kes kemasukan ke hospital, unit rawatan rapi (ICU) dan kematian akibat XBB.1.16,” katanya.

 

XBB.1.16 ialah varian gabungan daripada BA.2.10.1 dan BA.2.75. Ia mempunyai tiga mutasi tambahan dalam protein spike SARS-CoV-2 (E180V, F486P dan K478R) berbanding dengan keturunan induknya, XBB. Profilnya sangat serupa dengan XBB.1.5, yang pada masa ini terdiri daripada 85% daripada kes di Amerika Syarikat dan 45% daripada kes global

 

Setakat 27 Feb hingga 26 Mac lalu, terdapat kira-kira 3.6 juta kes baharu dilaporkan dan ia menunjukkan penurunan sebanyak 27 peratus berbanding sela masa sebelumnya.

 

Sumber: Kosmo!