Varian Baru COVID-19 Dikesan Di Afrika Selatan, Rakyat Malaysia Dilarang Masuk Ke 7 Buah Negara Ini

Susulan kemunculan varian baru COVID-19, B.1.1.529, rakyat Malaysia dilarang mengembara ke beberapa buah negara termasuk Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia dan Zimbabwe.

varian baru covid-19 dikesan di afrika selatan, rakyat malaysia dilarang masuk ke 7 buah negara ini

Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, ia merupakan langkah kerajaan bagi mencegah dan mengawal sempadan termasuk terhadap pelancong yang tiba di negara ini.

Jelas Khairy, tiga negara telah melaporkan kes bagi varian B.1.1.529 iaitu Afrika Selatan, Botswana dan Hong Kong,

Bagaimanapun, berdasarkan pengawasan genomik, tiada kes melibatkan varian tersebut yang dikesan di Malaysia setakat ini.

“Sekatan sementara ke atas semua warga asing yang mempunyai sejarah perjalananan dalam tempoh 14 hari ke Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Afrika Selatan dan Zimbabwe.

“Warganegara Malaysia dan penduduk tetap yang pulang ke tanah air selepas melawat negara tersebut dibenarkan masuk ke Malaysia tetapi mesti menjalani kuarantin mandatori 14 hari di stesen kuarantin tanpa mengira status vaksinasi mereka. Kuarantin tidak boleh dilakukan di rumah,” terangnya.

Menurut laporan, varian baru itu difahamkan mempunyai 32 mutasi protein spike, dua kali ganda bilang varian Delta yang mana sehingga kini, tiada data tersedia berkenaan tempoh inkubasi, gejala dan kadar kejangkitan.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) kini sedang memantau penularan varian terbabit.

 

Sumber: [1]