Vaksin Sinovac Berupaya Cegah Kemasukan Ke Hospital Hingga 86%

Vaksin COVID-19 jenis Sinovac dilaporkan berkesan 58.5% dalam mencegah jangkitan dengan gejala dalam kalangan jutaan rakyat Chile yang menerimanya.

vaksin sinovac berupaya cegah kemasukan ke hospital hingga 86%

Data tersebut diperoleh menerusi satu kajian yang dijalankan dari Februari hingga Julai tahun itu.

Perkara tersebut disahkan pihak berkuasa kesihatan Chile menerusi satu laporan yang diterbitkan pada Selasa lalu.

Menurut Pegawai Kesihatan, Rafael Araos, CoronaVac berkesan sebanyak 86% dalam mencegah kemasukan ke hospital.

Selain itu, vaksin yang sama juga dilaporkan 89.7% berkesan dalam mencegah kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU) dan 86% berkesan dalam mencegah kematian dalam populasi.

April lalu, kajian terbabit turut mendapati vaksin Sinovac berkesan 67% dalam mencegah penyakit simptomatik.

 

Sumber: [1]