Vaksin Pfizer Terbukti Selamat Pada Kanak-Kanak 5 Hingga 11 Tahun

Syarikat farmaseutikal Pfizer-BioNTech mengesahkan cubaan vaksin keluaran mereka terhadap kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun adalah terbukti berkesan menghasilkan tindak balas imun dan juga selamat digunakan.

vaksin pfizer terbukti selamat pada kanak-kanak 5 hingga 11 tahun

Ekoran daripada itu, syarikat berkenaan akan mendapatkan kelulusan penggunaan vaksin kepada golongan berkenaan dalam masa terdekat.

 

"Vaksin itu selamat dan menunjukkan tindak balas antibodi yang kuat kepada peserta lima hingga 11 tahun," katanya dalam kenyataan bersama.

 

Pihak syarikat juga akan menghantar data ujian berkenaan kepada pihak berkuasa kesihatan di Amerika Syarikat (AS), Eropah dan negara lain secepat mungkin.

 

Pengumuman itu nyata melegakan ramai ibu dan bapa, lebih-lebih lagi dengan pembukaan sekolah yang akan dan telah dibuat ketika ini.

vaksin pfizer terbukti selamat pada kanak-kanak 5 hingga 11 tahun

Hasil percubaan vaksin Pfizer melibatkan kumpulan kanak-kanak dibawah usia 12 tahun, manakala Moderna pula masih dalam percubaan pemberian vaksin pada kanak-kanak berusia 6 hingga 11 tahun.

 

Buat masa ini, Pfizer dan Moderna telahpun diberikan pada kumpulan kanak-kanak dan remaja berusia 12 tahun dan keatas, termasuklah juga di Malaysia.

Negara lain seperti United Kingdom, Scotland dan Wales juga kini sedang memberikan vaksin kepada kumpulan ini.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN