Vaksin Pfizer Di Malaysia OK, Tiada Masalah!

Ekoran daripada kegagalan kepada bungkusan vaksin keluaran Pfizer-BioNTech serta kelewatan penghantaran seperti yang berlaku di beberapa negara, Malaysia mengesahkan tidak mengalami masalah sedemikian.

vaksin pfizer di malaysia ok, tiada masalah macam di china

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, setakat ini semua vaksin yang dibekalkan di Malaysia tidak mengalami sebarang kegagalan kepada bungkusannya.

 

"Kita tidak lakukan (penangguhan penggunaan vaksin Pfizer) seperti mana yang dilakukan di Hong Kong. Sebab setakat ini semua vaksin yang dibekalkan di negara kita tidak ada mengalami apa-apa kegagalan bungkusan atau kelewatan penghantaran," katanya.

 

Memetik kenyataan yang diterbitkan di laman rasmi Facebook KKM, terdapat isu penangguhan penggunaan vaksin Pfizer di Hong Kong dan Macau, China selepas syarikat terbabit mengalami masalah pada pembungkusan pada sebilangan botol, seperti bungkusan yang rosak pada botol vaksin dengan nombor 210102.

 

Penangguhan yang dibuat China adalah sebagai satu langkah berjaga-jaga, termasuk menangguhkan sementara vaksinasi sepanjang tempoh siasatan dijalankan.

 

 

Sumber: KKM