Vaksin COVID-19 Kini Dah Sampai Ke Hujung Dunia

Penghantaran vaksin COVID-19 kini sudahpun sampai ke hujung dunia bagi memberi pelalian kepada kumpulan pengkaji Britain yang kini sedang ditempatkan di Benua Antartika.

vaksin covid-19 kini dah sampai ke hujung dunia

Pelalian itu diserahkan kepada Penyelidikan Rothera milik Kaji Selidik Antartika Britain yang merupakan destinasi paling jauh mendapat bekalan vaksin.

 

Vaksin jenis AstraZeneca itu diterbangkan sejauh 16,000 kilometer dari sebuah pangkalan tentera di Britain melalui Senegal dan Kepulauan Falkland, sebelum tiba di Wilayah Antartika Britain kepada 23 kakitangannya.

 

Pemberian vaksin itu juga bagi melengkapkan misi kerajaan Britain untuk membekalkan vaksin ke semua Wilayah Seberang Laut Britain yang berpenghuni.

 

Menerusi kerjasama organisasi pembangunan antarabangsa, Crown Agent, vaksin COVID-19 telah dibekalkan hingga ke ‘hujung dunia’ termasuk Kepulauan Pitcairn di Lautan Pasifik dan Kepulauan Tristan da Cunha di Atlantik Selatan.

 

Menurut data dari NY Times, sehingga kini sebanyak 47% populasi di dunia sudah menerima vaksin COVID-19, dengan 35% lengkap divaksin.

vaksin covid-19 kini dah sampai ke hujung dunia

Sumber: [1], [2]