Vaksin COVID-19 Keluaran Bangladesh Sedia Diuji Pada Manusia

Dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19, negara Bangladesh turut bersama-sama menghasilkan vaksin COVID-19 pertama keluaran mereka yang diberi nama Bangavax.

vaksin covid-19 keluaran bangladesh sedia diuji pada manusia

Bangavax dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal tempatan Globe Biotech dan mendapat kelulusan daripada Majlis Penyelidikan Perubatan Bangladesh (BMRC) untuk menjalankan ujian terhadap manusia.

 

"Kami dapat kebenaran daripada BMRC untuk lakukan ujian kepada 64 peserta dewasa yang sihat," kata pegawai kanan Globe Biotech, Mohammad Mohiuddin.

 

Menurutnya lagi, syarikat itu akan diberi kebenaran untuk menggunakan vaksin itu secara meluas jika ujian fasa 2 dan 3 menunjukkan keberkesanan dan selamat.

vaksin covid-19 keluaran bangladesh sedia diuji pada manusia

Ujian terdahulu yang dijalankan keatas monyet mendapati vaksin itu menghasilkan keputusan yang memberangsangkan.

 

Bangavax dilaporkan boleh disimpan pada suhu 4 darjah Celsius selama sebulan dan -20 darjah Celsius untuk selama 6 bulan.

 

Sumber: [1]