Vaksin Khas Lawan Omicron Sedia Digunakan Mac Ini

Satu vaksin COVID-19 yang dicipta khas untuk menangani varian Omicron dijangka tersedia untuk digunakan menjelang Mac ini.

vaksin khas lawan omicron sedia digunakan mac ini

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer, Albert Bourla dengan kerjasama BioNTech yang kini memfokuskan vaksin khas bagi varian Omicron yang semakin menular di seluruh dunia.

 

Penghasilan vaksin itu berguna bagi membendung Omicron daripada terus berleluasa meskipun sesetengah pakar kesihatan mendakwa penghasilannya adalah terlalu lewat.

 

“Vaksin ini sepatutnya dihasilkan pada Disember tahun lepas, ketika Omicrion sudah mula dikesan di beberapa negara.

“Namun begitu, kita akan menerima apa sahaja vaksin yang boleh membantu menghentikan penularan varian ini meskipun sedikit lambat,” kata Pengarah Eksekutif Pusat Kemudahan Vaksin Antarabangsa Johns Hopkins Bloomberg School of Public Health.

 

Menurut Ahli Epidemiologi Penyakit Berjangkit School Of Public Health John Hopkins, Dr. Shaun Truelove berkata, tahap kepantasan penyebaran Omicron dikhuatiti menyebabkan semua orang akan dijangkiti wabak itu pada akhirnya.

 

“Varian ini tersebar dengan pantas dan vaksin untuk mengekangnya dihasilkan terlalu lambat jadi, akhirnya semua orang akan dijangkiti,” katanya.

 

Sumber: [1], [2]