Jangan Risau, Vaksin AstraZeneca Selamat Dan Berkesan

Agensi Perubatan Eropah (EMA) mengesahkan vaksin Oxford-AstraZeneca adalah selamat dan berkesan untuk digunakan, meskipun 13 negara anggota Kesatuan Eropah (EU) telah menggantung penggunaannya kerana risau akan risiko pembekuan darah.

jangan risau, vaksin astrazeneca selamat dan berkesan

Beberapa minggu lalu, timbul dakwaan yang mengaitkan penggunaan vaksin ini dengan kes pembekuan darah atau pendarahan otak, hingga menimbulkan kebimbangan ramai.

 

Namun begitu, hasil siasatan EMA mendapati, tiada risiko pembekuan darah berlaku lebih tinggi jika disuntik dengan AstraZeneca seperti yang didakwa.

jangan risau, vaksin astrazeneca selamat dan berkesan

“Kesimpulan daripada penelitian kami adalah vaksin ini selamat dan berkesan. Ia memberi lebih manfaat dalam melindungi orang ramai daripada kematian atau dimasukkan ke dalam hospital akibat COVID-19.

“Kami juga mendapati pemberian vaksin ini tidak ada kaitan dengan risiko pembekuan darah lebih tinggi secara keseluruhan,” kata Pengarah Eksekutif EMA, Emer Cooke.

 

Malah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut meminta negara di dunia untuk terus menggunakan AstraZeneca dan akan mengeluarkan hasil siasatan mereka pada Jumaat.

 

Vaksin AstraZeneca adalah kerjasama Oxford University dan pengeluar ubat-ubatan di United Kingdom iaitu AstraZeneca, telah digunakan secara meluas pada 70 buah negara seluruh dunia.

 

Sumber: Astro Awani