Ahli kumpulan masyhur K-Pop, V BTS akui bahawa dirinya menangis selepas kumpulan mereka tewas dalam mendapatkan Anugerah Grammy ke-64 lalu.
Dalam satu pertemuan ringkas dengan media Korea di Las Vegas menjelang konsert kumpulan itu di Stadium Allegiant, pada Sabtu lalu, V menyifatkan keputusan tersebut sebagai “bersih”, namun dia tidak dapat menahan dirinya daripada menerbitkan air mata.
“Tetapi saya tidak menahan tangis. Ia bukan sesuatu yang boleh saya kawal,” kata V.
“Kami menerima keputusan itu apabila kami mendengar nama orang lain dipanggil, tetapi ia juga membuat kami sedar betapa kami ingin menang,” tambah J-Hope.
Bagaimanapun, kumpulan tersebut kekal optimistik dengan Jin berkata, “Tahun ini bukan peluang terakhir kami, dan kami boleh mencuba bila-bila masa yang kami mahu pada masa hadapan, jadi kami akan terus melakukan yang terbaik.”
3 April lalu, BTS yang dianggotai RM, V, J-Hope, Jimin, Jin, Jungkook dan Suga itu menghadiri majlis Anugerah Grammy ke-64 selepas tercalon dalam kategori persembahan duo pop atau kumpulan terbaik.
Kumpulan itu bagaimanapun tewas kepada Doja Cat dan SZA, menyebabkan mereka meninggalkan anugerah tersebut dengan tangan kosong untuk tahun kedua berturut-turut.
“Saya rasa kami mengidam lebih teruk untuk mendapatkan hadiah kali ini kerana kami ingin tahu sejauh mana kami boleh mencapai sebagai orang Korea dengan muzik kami, dan juga untuk membalas jasa semua ARMY yang telah menyokong kami dengan begitu kuat,” luah Jimin.
Sumber: [1]