Dituduh 'Kurang Ajar', V BTS Kesal Tak Sapa Wartawan & Peminat

Ahli kumpulan K-Pop masyhur,  V BTS kembali ke Seoul pada Selasa lalu selepas menghadiri pertunjukan fesyen Celine bersempena koleksi Musim Luruh/Musim Panas 2023, Minggu Fesyen Paris.

dituduh 'kurang ajar', v bts kesal tak sapa wartawan & peminat

Bagaimanapun, sebaik sahaja tiba di Korea Selatan, V tidak semena-mena mencetuskan kontroversi dalam kalangan pengikut kumpulan tersebut akibat terus meluru masuk ke kereta serta tidak menyapa para wartawan dan peminat yang menyambut ketibaannya, sehingga ada yang melabelkan dia sebagai ‘kurang ajar’.

“Wartawan, ARMY, saya minta maaf kerana terus masuk ke dalam kereta. Awak tunggu lama ke?” tulisnya di laman Weverse.

V dilaporkan sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimpo sekitar jam 8:55 pagi Selasa lalu, yang mana para wartawan dan peminat turut menunggu untuk melihat kelibat individu popular itu.

Namun, kerana kelewatan dalam jadual penerbangannya, V tiba sekitar waktu tengahari. Dalam video yang tular di media sosial, penyanyi itu bagaimanapun dilihat terus keluar dari pintu ketibaan menuju ke kereta tanpa menyapa para peminat yang telah menunggu.

Sementara itu, ada juga peminat yang membandingkan reaksi Lisa BLACKPINK dan pelakon Park Bo Gum yang turut menghadiri acara sama di Paris, yang mana setibanya mereka, sempat berhenti di hadapan kamera untuk berinteraksi bersama para peminat yang menunggu.

Sesetengah peminat menyatakan kekesalan mereka menerusi media sosial dan ada juga yang bimbang sekiranya penyanyi berusia 26 tahun itu sebenarnya berada dalam keadaan tidak sihat.

  

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN