V BTS & Jennie BLACKPINK Bercinta? Ditemui Makan Angin Bersama Di Jeju

Anggota kumpulan K-Pop popular, Jennie BLACKPINK dan V BTS dilaporkan mungkin menjalin hubungan percintaan.

v bts & jennie blackpink bercinta? ditemui makan angin bersama di jeju

Ia berikutan selepas gambar yang menunjukkan dua individu yang menyerupai mereka berdua melawat Pulau Jeju, Korea Selatan tersebar di media sosial sekaligus mencetuskan perdebatan dalam kalangan peminat.

Gambar yang dimaksudkan itu dimuat naik menerusi Instagram Story @dailyfashion-news.

Tetapi, tidak pasti pula sekiranya gambar itu disunting atau tidak susulan terdapat segelintir wargamaya yang menyatakan kecurigaan mereka terhadapnya. Ada juga peminat yang mengatakan gambar tersebut kelihatan nyata dan tidak disunting.

v bts & jennie blackpink bercinta? ditemui makan angin bersama di jeju

Beberapa peminat lain bagaimanapun berpendapat bahawa khabar angin itu mungkin bertujuan sebagai helah untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada skandal buli yang timbul baru-baru ini, melibatkan anggota LE SSERAFIM, Kim Garam yang berkongsi agensi sama dengan BTS.

Ini bukanlah kali pertama V dan Jennie disyaki berpacaran.

Disember lalu, terdapat peminat yang menyedari tindakan V yang mengikuti Jennie di akaun Instagramnya yang baru sahaja dibuka pada ketika.

Walaupun anggota BTS itu serta-merta ‘unfollow’ rapper BLACKPINK itu, namun ada juga peminat yang sempat menyedari perkara itu meluahkan ketidakpuasan hati mereka di Instagram Jennie supaya meninggalkan V.

 

Sumber: [1]