V BTS Bakal Ceburi Genre Klasik & Jazz?

Ahli kumpulan K-Pop masyhur, V BTS memberi petunjuk mengenai mixtape solo yang bakal dikeluarkannya.

v bts bakal ceburi genre klasik & jazz?

Menerusi klip video yang dimuat naik di saluran YouTube BTS pada 28 Februari, V berkongsi kira-kira 13 buah lagu akan dimuatkan dalam mixtape pertamanya itu, khas buat peminat yang telah lama tertunggu-tunggu.


Pada 2020, menerusi persidangan media global yang diadakan sempena peluncuran album terbaru BTS, iaitu BE pada November lalu, V akui bahawa ia merupakan peminat muzik klasik dan jazz dan berminat untuk mengerjakan genre-genre tersebut dalam projek solonya.


Selepas RM, Suga dan J-Hope, V bakal menjadi ahli kumpulan BTS keempat yang mengeluarkan mixtape solo.



Sumber: The Star