Anime dan manga merupakan satu perkara yang menjadi minat di seluruh dunia. Hampir setiap negara meminati siri anime dan manga.
Sebuah university di Jepun telah membuka satu faklti baharu untuk mereka yang minat dalam bidang ini. Fakulti Anime dan Manga ini telah mendapat kelulusan pihak Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun.
Berdasarkan laporan AWANI, para pelajar dapat mempelajari untuk menghasilkan anime secara langsung daripada mereka yang terlibat dalam bidang ini seperti animator, pengarah dan artis anga professional.
So, sesiapa yang ikuti kursus ini mereka boleh menjadi pengarah animasi, artis manga, perancang watak, illustrator, pencipta permainan serta penyelidik animasi.
Kalau korang berminat boleh lah buat permohonan bermula 1 Disember dan akan ada ujian kemasukan.
Sumber: Astro Awani