Universiti Di Jepun Cipta Robot Untuk Sesiapa Yang Kesunyian, Siap Ada Bunyi Dan Bau Lagi

universiti di jepun cipta robot untuk sesiapa yang kesunyian, siap ada bunyi dan bau lagi

Anda sunyi? Tak ada peneman? Memerlukan seseorang untuk berjalan bersama anda?

Ok, semua dekat atas tu tidak akan menjadi satu masalah lagi. Sebuah univerisiti di Jepun telah membangunkan sebuah robot yang boleh menghilangkan segala masalah anda berkaitan kesunyian dan peneman.

Robot yang diberinama Osampo Konajo ini boleh menemani anda berjalan-jalan sambil memegang tangan. Kiranya, robot ni boleh jadi girlfriend anda.

Bukan setakat tu je, robot ini juga memang dicipta seperti seorang wanita. Ia boleh mengeluarkan bau shampoo wanita untuk membuatkan anda rasa seperti ada wanita sebenar di sebelah anda.

Selain itu, robot ini juga boleh mengeluarkan bunyi. Anda boleh mendengar bunyi bernafas, bunyi tapak kaki apabila berjalan dan paling ‘real’ bunyi pakaian ketika ditiup angin. Semua benda ni boleh dikawal dengan smartphone.

Tapi yang lebih menarik, tangan robot ini bersfiat suam dan berpeluh. Kiranya, korang akan rasa seperti memegang tangan seorang wanita sebenar.

Jadi, jika anda betul-betul kesunyian boleh lah dapatkan robot ni.

Sumber: Tech Times

 

ARTIKEL BERKAITAN