Fulamak! Universiti Di AS Tawar Kursus Belajar Pasal Harry Styles

Sebuah universiti di Texas mengumumkan bahawa ia bakal menawarkan kursus berkenaan karya Harry Styles, yang juga pernah menganggotai kumpulan pop fenomena dunia, One Direction.

fulamak! universiti di as tawar kursus belajar pasal harry styles

Kursus itu dinamakan Harry Styles and the Cult of Celebrity: Identity, the Internet, and European Pop Culture yang akan ditawarkan di Texas State University bermula musim bunga akan datang.

Memetik laporan Astro Awani, kursus tersebut akan memberi tumpuan kepada karya yang dihasilkan bintang berusia 28 tahun itu, baik dalam muzik dan filem, bagi memahami perkembangan budaya dan politik selebriti moden.

Penolong Profesor dan Penyelaras Pusat Sejarah Awam di Texas State University, Louie Dean Valencia turut mengesahkan pengumuman mengenai kursus itu di Twitter.

“Ia sudah rasmi. Ia merupakan kursus universiti pertama di dunia mengenai karya Harry Styles,” tulisnya.

“Kursus ini juga memberi tumpuan kepada budaya popular Eropah untuk memahami perkembangan budaya dan politik selebriti, dengan perkaitan terhadap persoalan jantina dan seksualiti, bangsa, kelas, negara dan globalisma, media, fesyen, budaya peminat, budaya internet dan kepenggunaan,” tambah beliau.


Sumber: [1]