United Kingdom Tolak Saranan Pakar Untuk Kembalikan Sekatan COVID-19

Setiausaha Kesihatan United Kingdom (UK) Sajid Javid menolak desakan pakar perubatan berkenaan pengembalian sekatan COVID-19 sebagai usaha untuk membendung kenaikan kes jangkitan.\

united kingdom tolak saranan pakar untuk kembalikan sekatan covid-19

Menurut beliau, rakyat sebaliknya perlu patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) dan kekal berjaga-jaga.

Bagaimanapun, tambah beliau, sekatan hanya akan dikembalikan sekiranya rakyat enggan divaksin.

Amaran tersebut diberi susulan berlaku lonjakan dalam jumlah bilangan kes menjelang musim sejuk.

“Kita tidak boleh bersikap lewa apabila COVID-19 kekal menjadi ancaman. Sejak program vaksinasi bermula musim sejuk lepas, kita seperti dalam satu perlumbaan, perlumbaan antara vaksin dan virus.

“Dan walaupun kita menang ketika ini, jaraknya semakin mengecil. Kita sudah berjaya ke tahap ini, terima kasih kepada usaha ramai pihak.

“Tetapi, dengan musim sejuk semakin menghampiri, kita tidak boleh menggagalkannya sekarang,” kata Javid.

Setakat ini, sebanyak 80 peratus populasi di United Kingdom yang berusia 12 tahun dan ke atas dilaporkan telah menerima dua dos suntikan sementara jutaan lagi ditawarkan dos penggalak.

 

Sumber: [1]