Undian ‘Anugerah Podcast SYOK 2022’ Kini Dibuka

Kepada pendengar-pendengar podcast, bersempena dengan Anugerah Podcast SYOK 2022 anda semua dijemput untuk membuang undi podcast-podcast kegemaran anda bermula jam 8 malam, 1 Disember hingga jam 10 malam, 22 Disember 2022, di laman rasmi SYOK! 

undian ‘anugerah podcast syok 2022’ kini dibuka

Anda boleh memilih podcast-podcast kegemaran mereka yang tersedia dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil, dari lima kategori:

o SYOK Podcast of the Year

o SYOK Most Popular Podcast

o SYOK Favourite Podcast Episode

o Favourite Radio Podcast

o Favourite Independent Podcast (kategori anugerah istimewa)

Podcast-podcast ini telah disenarai pendek berdasarkan ketulenan, keunikan, penceritaan, jumlah pendengar dan kriteria lain yang ditetapkan semasa proses pencalonan. 

Pemenang untuk setiap kategori pula akan diumumkan di malam ‘Anugerah Podcast SYOK 2022’ pada 28 Disember 2022.

Jangan lepaskan peluang anda!