Kajian Ini Buktikan Umur 24, 25 Adalah Ideal Untuk Hamil

Satu kajian yang dijalankan pasukan penyelidik dari Universiti Seoul mendapati wanita yang melahirkan anak ketika usia 24 atau 25 tahun cenderung untuk hidup lebih lama.

kajian ini buktikan umur 24, 25 adalah ideal untuk hamil

Kajian dijalankan keatas 4,000 wanita Korea Selatan mendapati risiko meningkat lima kali ganda jika wanita melahirkan anak sebelum atau selepas usia 24 dan 25 tahun.

 

Antata risiko yang disebut adalah risiko kematian disebabkan apa-apa keadaan dalam tempoh 18 tahun. Risiko dikatakan lebih besar jika kelahiran berlaku lebih jauh daripada usia berkenaan.

 

Menurut penyelidik, ibu-ibu yang amat muda berisiko mengalami penyakit mental dan fizikal, manakala cabaran untuk melahirkan dan membesarkan anak adalah lebih sukar bagi ibu yang lebih berusia. Malah, ibu yang lebih berusia juga bergelut dengan kesukaran untuk mengekalkan kesihatan yang baik dengan kerjaya serta anak.

 

“Ibu-ibu muda mempunyai tahap kesihatan yang kurang baik, berkemungkinan disebabkan oleh masalah sosioekonomi.

“Bagi ibu-ibu lebih berusia pula, mereka mengalami kesukaran untuk pulih daripada gejala-gejala kehamilan dan kelahiran anak berbanding ibu muda. Otot-otot mereka juga mungkin sukar berfungsi seperti sebelumnya,” kata pakar epidemiologi dari Universiti Seoul, Profesor Sang-shin Park.

 

Tambah lagi, disebabkan kekangan untuk bersenam, masalah obesiti boleh berlaku, selain tekanan akibat bekerja boleh menyebabkan tekanan darah meningkat.

 

Kajian berkenaan diterbitkan dalam jurnal Maturitas, edisi 29 Jan 2022.

 

Sumber: Kosmo