Nenek Usia 50-an Hilang Rupanya Telah Ditelan Ular Sawa Dalam Hutan

Seekor ular sawa sepanjang enam meter dilaporkan telah menelan seorang nenek berusia 50-an.

nenek usia 50-an hilang rupanya telah ditelan ular sawa dalam hutan

Kejadian berlaku di dalam hutan di Jambi, Indonesia selepas wanita itu hilang pada malam Jumaat di hutan berhampiran rumah keluarganya.

 

Ekoran kehilangan itu, penduduk tempatan menggerakkan usaha mencari wanita ini dan dua hari kemudian mereka menemui seekor ular sawa dalam hutan itu dengan perut yang membengkak.

 

Apabila perut ular itu dibelah, mereka menemui mayat wanita dalamnya dan disahkan warga emas yang hilang.

 

Menurut ketua kampung tempat wanita itu menetap berkata, ular sawa itu berkemungkinan telah membunuhnya sebelum membaham wanita berkenaan.

 

Bagaimanapun tiada seorang pun penduduk menyaksikan wanita itu dibaham ular berkenaan ketika dia pergi ke hutan itu sendirian.

 

Mangsa juga tidak pulang ke rumah selepas pergi ke kebun bagi mengutip getah dari pokok-pokok pada Jumaat, hari kejadian.

 

Sumber: Astro AWANI