Lepas Kemarau, UK Kini Dilanda Ribut Petir Pula

Selepas berakhirnya fasa gelombang haba di United Kingdom (UK), negara itu kini sekali lagi dilanda bencana alam apabila dibadai dengan hujan lebat dan ribut petir.

lepas kemarau, uk kini dilanda ribut petir pula

Akibatnya beberapa kawasan mula dilanda banjir dan menjejaskan ratusan penduduk.

 

Hujan lebat serta angin kencang dilaporkan melanda beberapa kawasan di UK sejak tiga hari lalu selepas beberapa minggu ia dilanda dengan kemarau akibat cuaca panas melampau.

lepas kemarau, uk kini dilanda ribut petir pula

Bagaimanapun hujan lebat dan angin kencang yang melanda ini masih belum mampu memulihkan sebahagian kawasan yang diisytihar kemarau, malah mungkin mengambil masa selama beberapa minggu untuk ia kembali seperti biasa.

 

Hujan lebat dan banjir kilat ini juga boleh menyebabkan bekalan elektrik terputus selain menjejaskan aliran trafik di kebanyakan jalan utama.

lepas kemarau, uk kini dilanda ribut petir pula

Antara kawasan yang kini terjejas dengan banjir adalah seperti di Iverness di Scotland.

 

Sumber: Utusan

ARTIKEL BERKAITAN