Ujian Saringan Antigen Calitan Hidung Kurang Efektif Bagi Varian Omicron

Ujian saringan menggunakan kaedah ujian pantas antigen calitan hidung didakwa tidak dapat mengesan varian COVID-19 dalam beberapa hari selepas jangkitan.

ujian saringan antigen calitan hidung kurang efektif bagi varian omicron

Menurut pakar penyakit berjangkit, Blythe Adamson, pengeluar harus mendapatkan kelulusan daripada Badan Pentadbiran Amerika Syarikat bagi membolehkan pengguna mengumpul sampel dengan selamat dan menjalankan kajian melalui tekak.

Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) bagaimanapun menyatakan kebimbangan mereka berkenaan keselamatan calitan di tekak yang dilakukan secara kendiri.

Hasil kajian kepada 29 orang pekerja yang dijangkiti varian Omicron, mereka turut menjalani ujian saringan PCR dan antigen pantas secara serentak pada beberapa hari.

Hasil ujian PCR air liur mengesan virus Omicron secara purata tiga hari sebelum ujian calitan hidung menunjukkan keputusan positif.

Ketika orang ramai melakukan ujian calitan hidung dan didapati negatif, terdapat kemungkinan virus tersebut masih belum dikesan lagi walaupun mereka ketika itu sudah boleh menjangkiti orang lain.

 

Sumber: [1]