Udara Tercemar Punca Otak, Paru-Paru Manusia Makin Rosak

Semuanya berpunca daripada pencemaran udara yang menyebabkan partikel toksik memasuki tubuh dan juga otak manusia, ia adalah satu keadaan yang membimbangkan.

udara tercemar punca otak, paru-paru manusia makin rosak

Menurut pakar-pakar kesihatan, zarah halus pencemaran itu berupaya memasuki saluran darah dan mengalir ke otak, seterusnya menyebabkan kerosakan fungsi organ tersebut.

.

Data terbaru menunjukkan sehingga lapan kali ganda bilangan zarah halus ini mungkin boleh sampai ke otak menerusi aliran darah daripada paru-paru dan hidung, sekaligus menjadi bukti baharu kaitan antara pencemaran udara dan impak terhadap otak.

udara tercemar punca otak, paru-paru manusia makin rosak

Kehadiran zarah halus dalam udara boleh menyebabkan kerosakan pada tisu di sekeliling organ berkenaan.

.

Penyelidik juga telah menemui pelbagai zarah halus dalam cecair cecair serebrospinal manusia yang diambil daripada pesakit yang mengalami gangguan otak. Ia juga bukti kukuh yang menunjukkan kaitan antara pencemaran udara dengan masalah radang saraf yang membawa kepada penyakit seperti Alzheimer serta masalah kognitif lain.

.

Sumber: [1]