Ubat Demam Jangan Simpan Lama-Lama Dalam Peti Sejuk

Ketika ini, wabak COVID-19 masih lagi menghantui kehidupan harian kita dan antara gejala yang sering terjadi adalah demam.

 

Setiap kali demam, ubat yang biasa diberikan adalah ubat demam paracetamol, sama ada berbentuk tablet mahupun cecair.

ubat demam jangan simpan lama-lama dalam peti sejuk

Tahukah anda, ubat demam cecair tidak elok disimpan lama, lebih-lebih lagi dalam peti sejuk?

 

Memetik laporan daripada perkongsian Dr Ahmad Luqman Bukhari, beliau berkongsi perihal penyimpanan ubat demam paracetamol dalam peti sejuk.

 

Menurut beliau, ramai ibu dan bapa membawa anak berjumpa dengannya disebabkan demam yang tidak surut meskipun sudah memberikan ubat demam di rumah.

ubat demam jangan simpan lama-lama dalam peti sejuk

Namun selepas diselidik, rupanya anak tersebut diberikan ubat demam yang sudah disimpan lama dalam peti sejuk. Hal ini berkemungkinan menyebabkan ubat itu telah rosak dan langsung tidak berkesan.

 

SEBAB TAK BOLEH SIMPAN LAMA

Untuk pengetahuan anda ubat demam paracetamol yang dibotolkan dari kilang sudah terisi dengan ‘clean air’. Malah ada juga terisi dengan nitrogen.

 

Manakala ubat demam cecair itu pula sudah dicampur dengan bahan pengawet untuk elak pembiakan bakteria di dalam ubat tersebut.

 

Apabila botol ubat dibuka, ‘clean air’ tersebut akan terkeluar dan kemudian udara biasa pun akan memasuki ruang botol.

 

Itulah sebabnya tak bagus untuk menyimpan ubat demam yang sudah dibuka dalam tempoh yang lama keranakemungkinan udara luar mengandungi bakteria dan kulat.

 

Lebih mengeruhkan keadaan bila ubat demam tersebut kemudiannya disimpan di dalam peti sejuk. Sedangkan pada suhu rendah boleh membuatkan proses kondensasi berlaku di dalam botol.

 

Lihat sahaja bahagian dalam botol yang disimpan lama di dalam peti sejuk pastu ada wap air yang terkumpul di dalam.

 

Wap air tersebut tiada bahan pengawet lalu boleh menyebabkan bakteria dan kuman membiak.

ubat demam jangan simpan lama-lama dalam peti sejuk

Selama ini kita fikir simpan ubat di dalam peti sejuk itu baik untuk buat ia tahan lama sedangkan hakikat adalah sebaliknya!

 

Sebaliknya, ubat demam seharusnya disimpan di dalam kondisi suhu bilik.

 

Paling bagus usah simpan ubat demam apabila anak sudah pulih dan sihat. Jika mahu simpan juga, biarlah tidak lebih dua bulan.

 

Sumber: Twitter Dr Ahmad Luqman Bukhari

Artikel asal di Maskulin

ARTIKEL BERKAITAN