Kerajaan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan pelaksanaan minggu bekerja baharu paling singkat di dunia, iaitu 4 hari setengah dalam seminggu.
Pelaksanaan ini dilaporkan akan berkuatkuasa 1 Januari 2022, dimana waktu bekerja Isnin hingga Khamis adalah dari 7.30 pagi hingga 3.30 petang, manakala Jumaat dari 7.30 pagi hingga 12 tengah hari.
Malah bagi pekerja kerajaan, mereka turut diberi pilihan untuk bekerja dari rumah pada Jumaat dan menyusun jadual waktu bekerja mereka mengikut masa yang fleksibel.
Pelaksanaan ini menjadikan UAE sebagai negara pertama di dunia yang melaksanakan minggu kerja paling pendek, berbanding purata lima hari bagi negara-negara lain seluruh dunia.
Langkah memendekkan hari bekerja dalam seminggu adalah percubaan UAE untuk meningkatkan keseimbangan krja dan kehidupan serta kesejahteraan sosial, disambing menambah baik prestasi untuk mempromosikan daya saing ekonomi.
Langkah itu juga menjadikan UAE lebih baik dari sudut ekonomi dan mengukuhkan kedudukan negara itu di peta ekonomi global.
Sumber: [1]