Ini Senarai Pelan Pascabayar Sedia 5G U Mobile, Data Pantas Sehingga 1 TB!

U Mobile kini telah melancarkan pelan pascabayar sedia 5G U Postpaid 98 dan U Postpaid 68, menyertai pelan U Postpaid 38 yang dilancarkan dahulu untuk melengkapkan senarai pelan baharu.

ini senarai pelan pascabayar sedia 5g u mobile, data pantas sehingga 1 tb!

Pelan pascabayar yang menyeluruh ini juga telah menawarkan nilai terunggul dan bertujuan memenuhi keperluan ketersambungan dan gaya hidup para pelanggan yang berbeza.

 

Menjadi yang pertama dalam industri, U Mobile turut menawarkan data pantas sehingga 1000 GB (1TB) dengan berkelajuan tinggi 4G/sedia 5G tanpa had melalui U Postpaid 98 serba baharu. Maklumat lanjut berkenaan pelan pascabayar U Mobile tersedia 5G baharu seperti berikut:

 

1.    U Postpaid 98

a.    U Postpaid 98 ialah pelan sedia 5G untuk pengguna yang mahukan yang terbaik daripada pelan mereka kerana kuota data yang besar menawarkan pelbagai pilihan dan lebih fleksibiliti untuk pengguna. U Postpaid 98 juga sesuai buat keluarga.

b.    U Postpaid 98 ditawarkan pada harga RM98 sebulan dengan data pantas 1,000GB dan juga menyediakan panggilan tanpa had ke semua rangkaian.

c.    Pelanggan U Postpaid 98 turut menikmati 15GB data bulanan percuma untuk merantau ke 63 destinasi dan juga panggilan masuk perantauan percuma.

d.    Pelanggan turut menikmati kemudahan memiliki peranti 5G baharu apabila mereka memadankan U Postpaid 98 dengan skim U PayLater (0% pakej ansuran). Mereka juga boleh memilih untuk memadankan ia dengan pakej U SaveMore (lebih penjimatan untuk peranti).

e.    U Postpaid 98 turut membolehkan pelanggan berkongsi data pantas 1,000GB mereka dengan sehingga 6 ahli keluarga melalui pakej U FamilyShare, pada kadar RM38 setiap talian.

 

2.    U Postpaid 68

a.    U Postpaid 68 ialah pelan sedia 5G yang memberikan nilai terbaik di pasaran untuk pengguna dengan kuota data pantas yang besar, sesuai digunakan semasa bekerja, riadah, belajar dan melancong.

b.    U Postpaid 68 ditawarkan pada harga RM68 sebulan dan menyediakan data pantas 100GB dengan panggilan tanpa had ke semua rangkaian.

c.    Pelanggan U Postpaid 68 turut menikmati 15GB data bulanan percuma untuk merantau ke 63 destinasi dan panggilan masuk perantauan percuma.

d.    Pelanggan juga boleh menikmati penjimatan atas peranti 5G baharu apabila memadankan peranti dengan U Postpaid 68 melalui pakej U SaveMore dengan pilihan ansuran 12 atau 24 bulan.

 

3.    U Postpaid 38

a.    U Postpaid 38 ialah pelan tersedia 5G yang menyasarkan pengguna peka harga yang cenderung kepada pelan yang dapat memenuhi keperluan data internet harian mereka.

b.    U Postpaid 38 ditawarkan pada harga RM38 sebulan dan menyediakan data pantas 30GB tanpa batasan dan panggilan tanpa had ke semua rangkaian.

ini senarai pelan pascabayar sedia 5g u mobile, data pantas sehingga 1 tb!

Rujuk laman rasmi U Mobile untuk maklumat lanjut.

ARTIKEL BERKAITAN