TweetDeck Kini Tidak Lagi Percuma, Kena Bayar RM369 Setahun Kalau Nak Guna

Buat sesetengah pengguna Twitter (kini dikenali sebagai X), Tweetdeck merupakan salah satu platform yang digunakan bagi memudahkan urusan menyusunatur kandungan di Twitter masing-masing.

tweetdeck kini tidak lagi percuma, kena bayar rm369 setahun kalau nak guna

Sejak Elon Musk mengambil alih Twitter, beliau bukan sahaja menukar nama serta logo pada Twitter kepada X, malah turut menukar nama Tweetdeck kepada X Pro.

 

Seperti yang diduga, Tweetdeck kini telah ditutup dan pengguna perlu melanggan Twitter Blue yang membolehkan mereka turut mendapat tanda semak biru (bluetick), berserta pelbagai fungsi tambahan lain seperti mengedit tweet, fail bookmark dan akses awal kepada fungsi baharu.

tweetdeck kini tidak lagi percuma, kena bayar rm369 setahun kalau nak guna

Untuk info, TweetDeck membolehkan anda melihat beberapa kronologi dalam antara muka yang sama. Ia juga mempunyai ciri-ciri yang mudah seperti menguruskan beberapa akaun Twitter, menjadual Tweet untuk diposkan pada masa hadapan, membina koleksi Tweet, dan lain-lain lagi.

 

Sumber: Technave