Tular, Netflix Dikatakan Bayar Gaji Pekerja RM167 Per Jam Dan Lebih RM3 Juta Setahun!

Baru-baru ini tular di dunia maya berkenaan gaji yang diperoleh oleh kakitangan syarikat penstriman terkemuka dunia, Netflix.

tular, netflix dikatakan bayar gaji pekerja rm167 per jam dan lebih rm3 juta setahun!

Dengan lebih daripada 400 pekerjaan terbuka yang disenaraikan di syarikat tersebut, Insider mengemas kini analisisnya tentang jumlah pendapatan pekerja Netflix di Amerika Syarikat.

Menurut Insider, data yang dikeluarkan oleh Pejabat Pensijilan Buruh Asing Jabatan Tenaga Kerja Amerika Syarikat, menunjukkan jumlah tawaran Netflix untuk membayar pekerja yang ingin diambil bekerja di Amerika Syarikat melalui visa kerja.

Data terbabit bagaimanapun merangkumi gaji asas sahaja, dan bukan bentuk pampasan seperti pilihan saham atau bonus tunai.

Dari Oktober 2020 dan Disember 2021, Netflix dikatakan menawarkan kakitangan tertentu dengan gaji pokok antara AS$40 (RM167) sejam hingga $800,000 (RM3,353,200) setahun untuk pelbagai peranan berbeza, menurut data tersebut.

Dalam analisis sama, Insider turut memecahkan bayaran gaji yang melibatkan pelbagai pekerjaan termasuk di syarikat itu termasuk produk dan kejuruteraan; kandungan dan pemasaran; dan peranan kewangan, undang-undang serta pentadbiran.


Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN