Baru-baru ni viral di media sosial apabila seroang tukang keranda menjadi kaya-raya selepas sebutir meteor jatuh dalam beranda rumahnya. Batu angkasa itu telah dijual pada harga RM57,660 sahaja.
Bagaimanapun, BBC Indonesia melaporkan bahawa lelaki yang berusia 34 tahun dari Sumatera itu berasa tertipu kerana menjual batu itu kepada seorang pakar meteor Amerika Syarikat, Jared Collins dengan harga yang sangat murah.
"Saya ditipu dan kecewa ketika mendengar berita dari media di UK (United Kingdom) yang memanggil saya orang kaya. Saya terkejut, harga itu bukan dari saya. Sekiranya barang (meteor) itu sudah tiba di sana, ia bukan hak saya lagi.” Katanya.
Josua telah menggunakan wang jualan tersebut untuk membantu golongan kurang berkemampuan, anak yatim, rumah ibadat dan membaiki kubur kedua ibu bapanya.
Sumber: Sinar Harian