"Jarak 7 Tahun Terlalu Jauh" - Tukang Jodoh Berpendapat Hubungan Priyanka Chopra & Nick Jonas Tak Sesuai

Tukang jodoh profesional, Sima Taparia berkongsi pendapat bahawa pasangan popular, Priyanka Chopra, 40, dan Nick Jonas, 29, tidak sesuai.

jarak 7 tahun terlalu jauh - tukang jodoh berpendapat hubungan priyanka chopra & nick jonas tak sesuai

Sima yang terkenal menerusi program realiti Indian Matchmaking berkata pasangan tersebut tidak sesuai antara sama lain kerana perbezaan umur mereka.

Dalam episod baru program terbabit, Sima menasihati salah seorang pelanggannya, Nadia Jagessar supaya tidak bercinta dengan lelaki tujuh tahun lebih muda daripadanya.

Nadia kemudian bergurau senda dengan menyelitkan jurang umur 10 tahun antara Priyanka dan Nick dalam perbualan tersebut.

Sima bagaimanapun tidak bersetuju dengan pasangan itu.

“Tetapi saya rasa ia bukan perlawanan yang baik, maaf untuk katakan itu.”

“Dia (Nick) kelihatan sangat kecil dan molek di hadapannya, dan dia (Priyanka) kelihatan lebih tua,” tambah Sima.

Menurut Sima, jurang umur yang terlalu jauh adalah memudaratkan kerana perbezaan tahap kematangan.

“Dua tiga tahun okey, tetapi tujuh tahun lebih muda…mereka akan ada perbezaan.”

Priyanka, 40, dan Nick yang berusia 30 tahun pada 16 September ini, mengikat tali pertunangan pada 2018, dan menyambut kelahiran anak pertama mereka, Malti Marie Chopra Jonas melalui ibu tumpang pada Januari lalu.

 

Sumber: Malay Mail